Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi SMK Sibujaya

19 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet RPR Sibujaya dengan kerjasama Pusat Internet Bawang Assan dan Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan taklimat bertajuk “Keselamatan Siber & Advokasi” di SMK Sibujaya, Sibu.

Taklimat tersebut dihadiri lebih kurang 870 orang pelajar termasuk para guru sesi petang SMK Sibujaya. Para pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 didedahkan dengan cara-cara menjaga keselamatan semasa melayari internet dan juga car-cara mencegah berlakunya keadaan yang tidak diingini semasa melayari internet, khususnya semasa menggunakan applikasi media sosial seperti Facebook, Whatssapp dan Wechat.

Melalui taklimat ini, diharap dapat memberi kesedaran dan menanam perasaan berjaga-jaga serta memupuk penggunaan yang positif di kalangan para pelajar dan guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali